Kumpulan Syarikat Orang Kampung terlibat dalam industri pengeluaran dan pemasaran produk kesihatan dan minuman berasaskan herba. Beribu pejabat di Melaka, ia memilik tiga (3) buah kilang dan sebuah syarikat pemasaran. Operasi awal kami bermula sekitar tahun 1980an. Berdasarkan motto syarikat iaitu ‘ORANG KAMPUNG PENERAJU INDUSTRI HERBA’ kini jenama ‘ORANG KAMPUNG’ yang telah melalui transformasi yang pelbagai, boleh didapati di semua kategori pasaran di dalam negeri dan di beberapa negara luar termasuk rantau Asean dan Timur Tengah.
Kilang herba kami dilesenkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan diiktiraf dengan Pensijilan ‘Good Manufacturing Practice’ (GMP).